Kerajaan setelah mengambil kira pelbagai faktor utama, melakukan penilaian risiko serta telah mendapat pandangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) dan telah meneliti syor daripada Menteri Kuartet, bersetuju untuk melaksanakan Fasa Peralihan Ke ‘Endemik’ di seluruh negara bermula 1 April 2022.
Menurut Perdana Menteri, fasa “Peralihan ke Endemik” ini juga merupakan fasa sementara sebelum negara beralih ke Fasa Endemik yang mana ia tertakluk kepada pengumuman yang hanya boleh dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).
Sehubungan dengan itu, kerajaan telah menyediakan beberapa prosedur operasi standard (SOP) yang akan digunakan sepanjang fasa peralihan ‘Endemik’ ini bermula 1 April 2022.
1. Pemakaian pelitup muka di tempat-tempat awam masih wajib dipatuhi oleh setiap individu.
2. Had waktu beroperasi bagi premis perniagaan dimansuhkan.
Justeru itu, pemilik premis dibolehkan melaksanakan waktu operasi premis masing-masing mengikut syarat lesen operasi premis. Ini bermakna anda semua bolehlah makan di kedai makan selepas jam 12 tengah malam, terutamanya dengan bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi.
3. Pendaftaran kemasukan menggunakan MySejahtera masih diwajibkan dan hanya dikecualikan untuk kawasan terbuka, tidak sesak dan tiada perhimpunan orang ramai. Tambahan juga, MYSJTrace diwajibkan untuk tempat tertutup yang dipenuhi tetamu/pengunjung.
4. Aktiviti solat Jemaah di masjid/surau atau upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal.
Walaubagaimanapun, pelaksanaan dan SOP akhir untuk masjid atau surau tertakluk kepada ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri dan untuk Rumah Ibadat Selain Islam tertakluk kepada Kementerian Perpaduan Malaysia/Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).
5. Keperluan vaksinasi:
- Had kapasiti pekerja yang sebelum ini bergantung kepada
liputan vaksinasi dimansuhkan. - Semua individu dibenarkan merentas negeri tanpa mengira
status vaksinasi mereka.
6. Tiada lagi had kapasiti 50 peratus untuk aktiviti berkumpulan. Namun, penjarakan fizikal sangat penting dan masih digalakkan.
7. Untuk rakyat yang ingin melancong ke luar negara/ pengembara luar yang ingin masuk ke Malaysia.
Bagi yang telah menerima vaksinasi lengkap, tiada keperluan untuk menjalani sebarang tempoh kuarantin dan hanya perlu melalui ujian pengesanan COVID-19 RT-PCR dua hari sebelum berlepas serta ujian RTK-Ag (profesional) dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan.
8. MySJTrace diwajibkan di tempat tertutup.
9. Pemilik premis wajib pastikan sistem pengudaraan (vertilasi) yang baik di dalam premis.
10. Individu yang disyaki atau disahkan positif Covid-19 wajib mematuhi setiap garis panduan yang ditetapkan oleh KKM
11. MyTravelPass akan dimansuhkan
Sumber: Bernama