Siakap Keli
Kredit: Facebook 我们是马来西亚人 We are Malaysians

Kondo Tingkat 19 Pun Banjir? Mungkin Ni Sebabnya, Bukan Sebab Banjir Kilat

Kebelakangan ini, Malaysia sering berdepan dengan situasi banjir yang agak dasyat sehingga merosakkan beberapa harta benda awam. Hujan lebat yang berpanjangan semestinya menjadi faktor utama berlakunya banjir tersebut.

Bagi sesiapa yang menetap di kawasan tinggi seperti rumah pangsa (flat), pangsapuri dan kondominium, mereka pasti akan berasa selamat kerana rumah mereka semestinya tidak akan terkesan oleh banjir.

Namun begitu, fakta tersebut nampaknya sudah tidak boleh menjamin apa-apa. Seorang wanita telah mengadu bahawa rumah kondominium yang didiaminya di tingkat atas telah dimasuki air.

Menerusi hantaran Facebook 我们是马来西亚人 We are Malaysians,  wanita itu telah berkongsi satu rakaman video yang menunjukkan rumah kondominium yang didiaminya telah banjir walaupun dia menetap di tingkat 19.

Meskipun tidak diketahui punca sebenar berlakunya banjir tersebut, namun perkongsian video itu mendatangkan kebimbangan kepada ramai orang.

“Tingkat 19 juga telah banjir. The Lxxxz Condo, tingkat 19”

“Menginap di bangunan tinggi juga banjir. Pangsapuri dinaiki air di tingkat 19”, tulisnya di ruangan kapsyen.

https://www.facebook.com/watch/?v=637431874009119

Menjengah di ruangan komen, ramai yang berpendapat bahawa rumah tersebut banjir disebabkan oleh paip yang bocor ataupun keadaan hujan lebat sehingga boleh memasukkan air di bahagian beranda rumah.

Kredit: Facebook 我们是马来西亚人 We are Malaysians
Kredit: Facebook 我们是马来西亚人 We are Malaysians
Kredit: Facebook 我们是马来西亚人 We are Malaysians

Sumber: Facebook 我们是马来西亚人 We are Malaysians

Akhmar Ikmal

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.