Seorang lelaki warga emas maut dihempap pokok tumbang pada petang tadi. Perkara itu dimaklumkan menerusi ciapan di akaun rasmi Twitter Bernama.
Menurut Bernama, lelaki warga emas berkenaan dihempap pokok tumbang ketika dia sedang memancing di Loji Air Sungai Langat.
Beberapa gambar turut dikongsikan bagi menunjukkan situasi kejadian yang berlaku.
Berita penuh bakal menyusul.


Sumber: Bernama