Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setakat kemaskini jam 3:15 petang (8 Mac 2022) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda beberapa negeri dan kawasan sehingga 6:00 petang ini.
Antara kawasan yang terlibat adalah negeri Perlis, Kedah di kawasan Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Manakala negeri Perak pula, kawasan yang terlibat adalah Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
Beralih ke negeri Selangor pula, kawasan yang dijangka terlibat adalah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat. Kawasan lain yang terlibat adalah Melaka, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya.
Seterusnya bagi Negeri Sembilan, kawasan dijangka terlibat adalah Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Rembau. Bagi negeri Johor, di kawasan Pontian dan Johor Bahru. Manakala bagi negeri Sarawak pula di kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong (Pusa dan Betong), Sarikei, Sibu, Bintulu (Bintulu dan Sebauh), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang (Limbang).
Bagi penduduk di kawasan yang dijangka terlibat, anda dinasihatkan untuk sentiasa berada di rumah dan berhati-hati bagi yang memandu untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingin daripada berlaku.
#ributpetirmetmalaysia#MenangBersama#LindungDiriLindungSemua#metmalaysia pic.twitter.com/0BDtrpHdRt
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) March 8, 2022
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia