Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengadakan satu sidang media khas pada jam 5.30 petang hari ini.
Menurut Bernama TV, Perdana Menteri dijangka akan mengumumkan mengenai pembukaan sempadan.
Tiga hari lepas, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata Mesyuarat Kabinet pada Jumaat lalu telah bersetuju dengan keputusan itu.
Terdahulu, penutupan sempadan telah dibuat oleh Kerajaan pada 18 Mac 2020, dua bulan selepas Malaysia merekodkan kes pertama COVID-19
Orang ramai boleh mengikuti sidang media berkenaan melalui saluran RTM, Bernama, Astro Awani dan saluran berita lain.
Intipati sidang media tersebut akan dilaporkan sejurus ia bermula. Berita lanjut akan menyusul.
Pengumuman pembukaan sempadan dijangka akan diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.
Tiga hari lepas, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata Mesyuarat Kabinet pada Jumaat lalu telah bersetuju dengan keputusan itu. pic.twitter.com/xqFBsggLsf
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) March 8, 2022
Sumber: Bernama TV