Siakap Keli
Sumber: Mothership

Tak Terima Dipanggil ‘Makcik’, Wanita Nekad Bertikam Lidah Dengan Juruwang

Seorang wanita berusia 41 tahun dilaporkan bergaduh dengan seorang juruwang pasar raya selepas dipanggil ‘makcik’.

Portal Mothership melaporkan bahawa kejadian itu berlaku di bandar Hangzhou di wilayah Zhejiang, China.

Marah kerana dipanggil ‘Makcik’

Menurut akhbar Sohu, Xing, berusia 41 tahun itu berasa tidak selesa apabila juruwang tersebut memanggilnya ‘makcik’.

Xing memberitahu juruwang itu bahawa dia merasakan jurang umur mereka tidak terlalu besar, jadi adalah tidak wajar untuk juruwang berkenaan memanggilnya ‘makcik’.

Sebaliknya, dia lebih suka dipanggil ‘kakak’. Namun, juruwang tersebut tidak mengendahkan permintaan Xing.

Juruwang yang berusia 29 tahun itu menjawab kepada Xing, “Apa salahnya saya panggil awak ‘makcik’, apa salahnya?”

Bergaduh

Ketika Xing mengakui bahawa dia sensitif tentang umurnya, dia menambah bahawa juruwang itu mempunyai sikap yang teruk.

Xing menuduh juruwang itu membuang resit ke dalam troli dan memanggilnya ‘gila’.

Xing kemudian mempersoalkan sikapnya. Di tengah-tengah ketegangan itu, kedua-duanya bergaduh antara satu sama lain.

Xing berkata, juruwang itu menarik rambutnya dan menendangnya.

Kedua-dua mereka kemudian dibawa ke balai polis atas tujuan untuk berbaik dan juruwang tersebut memberi wang pampasan kepada Xing sebanyak RMB500.

Juruwang berhenti kerja

Menurut rakaman kamera pengawasan kedai itu, polis tempatan melihat telefon Xing telah menyentuh juruwang semasa pertengkaran itu. Juruwang itu kemudian berasa tercabar dan memukul Xing terlebih dahulu.

Juruwang berkenaan dilaporkan berhenti kerja selepas kejadian itu dan tidak dapat dihubungi lagi.

Pengurus pasar raya itu bersetuju bahawa ia adalah kesalahan juruwang kerana memulakan pergaduhan.

Bagaimanapun, dia memberi alasan bahawa Xing dipanggil ‘makcik’ kerana dia kelihatan agak lesu.

Pun begitu, dia meminta maaf kepada Xing dan Xing juga menerima permohonan maafnya.

Sumber: Mothership

Aireena Marizan

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.