Individu lengkap vaksinasi dua dos yang pulang mengembara dari luar negara tidak lagi perlu menjalani tempoh kuarantin.
Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi satu sidang media hari ini.
Malah sebaliknya mereka hanya perlu menjalani ujian pengesanan Covid-19 RT-PCR pada dua hari sebelum berlepas serta ujian RTK-antigent profesional dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan.
Dalam masa sama, ujian RTK antigent itu boleh dilaksanakan sama ada di lapangan terbang ataupun di luar tetapi dalam masa 24 jam.
Ismail berkata demikian menerusi satu sidang media khas sebentar tadi.
Sumber: Bernama TV