Ukraine mendakwa bahawa Mejar Jeneral Rusia, Vitaly Gerasimov telah berjaya dibunuh di Kharkiv, lapor The Kyiv Independent.
Memetik laporan Hindustan News Hub, perkara tersebut telah dimaklumkan oleh Direktorat Perisikan Utama Kementerian Pertahanan Ukraine.
“Ketua Jabatan Perisikan Kementerian Pertahanan Ukraine berkata bahawa Ukraine telah membunuh Mejar Jeneral Rusia, Vitaly Gerasimov berhampiran Kharkiv.
“Gerasimov adalah pegawai kanan tentera yang mengambil bahagian dalam Perang Chechen kedua dan dianugerahkan pingat untuk ‘penawanan Crimea’,” lapor The Kyiv Independent di Twitter.
⚡️Ukraine kills Russian Major General Vitaly Gerasimov near Kharkiv, Ukraine’s Chief Directorate of Intelligence of the Defense Ministry said.
Gerasimov was a senior military official who participated in the second Chechen war and was awarded a medal for “capturing Crimea.”
— The Kyiv Independent (@KyivIndependent) March 7, 2022
Sementara itu, pusingan ketiga rundingan damai antara Rusia dan Ukraine yang diadakan di Belarus pada Isnin tidak membuahkan hasil yang ketara.
Anggota delegasi Ukraine, Mykhailo Podolik berkata perundingan mendalam sedang dijalankan mengenai blok politik utama perjanjian itu, termasuk gencatan senjata dan jaminan keselamatan, lapor Hindustan News Hub.
Pada masa yang sama, terdapat sedikit perkembangan yang telah dicapai dalam menambah baik logistik koridor kemanusiaan di Ukraine.
“Perbincangan mengenai aspek politik dan ketenteraan sedang berjalan. Walau bagaimanapun, ia tetap sukar. Masih terlalu awal untuk bercakap tentang sesuatu yang positif.
“Kami berharap lain kali kami akan dapat mengambil satu langkah penting ke hadapan,” pembantu Presiden Rusia, Vladimir Medinsky.
Terdahulu, Rusia telah mengumumkan pembukaan koridor kemanusiaan di banyak kawasan dengan gencatan senjata mulai pagi Isnin untuk memindahkan orang awam dari Ukraine.
Sumber: Hindustan News Hub