Air di kawasan Taman Andaman Ukay, Ampang dipercayai semakin menaik sejak pukul 1.30 tengah hari tadi.
Menerusi video yang dikongsikan oleh warganet di media sosial, hujan masih lagi berterusan di kawasan itu.
Semalam, beberapa kawasan di Lembah Klang dan Johor dilaporkan mengalami banjir kilat yang teruk selepas hujan lebat berterusan yang melanda kedua-dua negeri itu.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang diramal bakal melanda beberapa negeri termasuk Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga pukul 5 petang ini.
Keadaan di Taman Andaman Ukay sejak 1.30 tengah hari tadi. Air makin menaik. Hati-hati semua pic.twitter.com/1eOjcsFqdt
— nan manjoi8715 (@nanmanjoi8715) March 8, 2022
Sumber: Twitter