Albino atau albinisme merupakan keadaan seseorang yang mengalami kekurangan melanin terhadap warna kulit, rambut dan mata. Malahan, terdapat juga penghidap albino yang langsung tidak mempunyai melanin tersebut.
Tidak seperti orang lain, seseorang yang menghidap penyakit albino mempunyai kelainan daripada orang normal seperti rambut, kulit dan matanya yang berwarna putih dan pucat. Penghidap albino juga dikatakan tidak boleh terkena cahaya daripada matahari.
Timbul persoalan berkaitan rasa yang dialami oleh seseorang penghidap albino apabila kulit mereka terkena cahaya matahari dalam jangka masa yang agak lama. Apakah yang akan terjadi sekiranya perkara itu berlaku?
Seorang pengguna Tiktok yang juga penghidap albino, ffhzamri terpanggil untuk berkongsi pengalaman peribadinya serta menjawab persoalan tersebut. Gadis ini melalui laman TikTok miliknya tampil memberi pencerahan.
Gadis itu memberitahu bahawa jawapan yang diberikannya adalah berdasarkan pengalaman dirinya sahaja dan bukanlah berdasarkan pandangan seorang pakar kulit ataupun doktor. Ikuti perkongsian Fif di bawah ini.
@ffhzamri Reply to @amnda0__0 harap menjawab 🙂 #fyp
Sumber: Tiktok ffhzamri