Siakap Keli

(Video) Takut Terlebih Cas, Ini Cara Nak Buat Fon ‘Keluar Suara’ Bagitahu Bila Bateri “Full” Atau ”Low”

Antara masalah ‘utama’ pengguna telefon pintar adalah kerosakan bateri yang boleh berlaku akibat daripada membiarkan bateri full dalam keadaan tengah cas.

Tidak dinafikan kerana kebanyakan kita suka mengecas telefon pada waktu malam sebelum tidur dan sering kali membiarkan bateri full dalam keadaan cas sehingga pagi. Bukan itu je, kalau waktu siang pun, mesti ada yang membiarkan telefon tersebut dalam keadaan dicas walaupun sudah penuh.

Ya, tindakan sebegini boleh mendatangkan bahaya dan dalam masa yang sama menjadi punca bateri tidak tahan lama.

Jadi, untuk elakkan kejadian ini terus berulang, Hafizi Zain di laman Tiktoknya berkongsi satu aplikasi yang boleh mengeluarkan suara apabila telefon dicas penuh.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang bagaimana cara untuk membuatnya, jom ikut langkah dibawah.

Langkah 1: Pergi ke ‘Playstore’, muat turun apliksi ‘Batery Sound Notification’

Langkah 2: Klik pada simbol + dan tukar ‘mode’ kepada connected kemudian taip bahagian ‘text to speech’ ayat yang kita mahu.

Sebagai contoh, “Thank you tolong charge”.

Langkah 3: Klik save atau simpan di bahagian atas.

Langkah 4: Seterusnya, set apabila bateri sudah penuh 100%. Buat tetapan suara yang ingin digunakan.

Langkah 5. Klik save dan update. Nanti boleh cuba apabila bateri dicaj telah penuh akan ada suara yang keluar.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut, tonton video di bawah ini.

@hafizi.zain

Bateri dah full, dia bagitau.. Bateri low pun, dia bagitau.. Jom try! #share #tiktokguru #foryou #tiktokmalaysia #viral #hafizizain

♬ Epic Music(842228) – Pavel

BACA: 2 Minggu Selepas Tragedi, Rakan Baik Ayah Akhirnya Dedah ‘Pesanan’ Terakhir Tangmo Nida Sebelum Maut

Sumber: Hafizi Zain

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.