Siakap Keli
Gambar: Twitter

(Video) “Tingkap Rumah Pecah, Pokok Tumbang” Kecoh, Hujan Batu ‘Hempas’ Hulu Langat Sebentar Tadi

Baru-baru ini di kawasan-kawasan Lembah Klang telah dilanda hujan lebat hingga menyebabkan beberapa kawasan telah dilanda banjir kilat.

Ia termasuk kawasan sekitar KLCC, Masjid Jamek, Jalan Kuchai Lama di Kuala Lumpur serta beberapa lokasi di Kulai, Johor.

Terbaharu, menerusi akaun Twitter Emmil Lariff, dia kongsikan pula kejadian hujan batu yang melanda Hulu Langat, Selangor.

Difahamkan, kejadian hujan batu tersebut dipercayai berlaku dan dirakam sebentar tadi.

“Its now happening here, hujan batu habis tingkap rumah pecah. Pokok tumbang. Be safe korang! Besar ya batunya boleh buat abc,” tulisnya di ruangan caption.

Terdahulu, terdapat beberapa kawasan di Lembah Klang telah dilanda banjir ekoran hujan lebat yang berterusan pada semalam.

Beberapa kawasan terjejas termasuk jalan raya, lebuh raya, tempat letak kenderaaan, bangunan pejabat dan seumpamanya.

 

 

Sumber: Twitter Emmi Larif

 

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.