Waspada, Ribut Petir & Hujan Lebat Dijangka Melanda Beberapa Kawasan Hingga Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setakat kemaskini jam 2:00 petang (8 Mac 2022) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda beberapa negeri dan kawasan sehingga 5:00 petang ini.
Antara kawasan yang terlibat adalah negeri Kedah di kawasan Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Manakala negeri Perak pula, kawasan yang terlibat adalah Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
Beralih ke negeri Selangor pula, kawasan yang dijangka terlibat adalah Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat dan Sepang. Kawasan lain yang terlibat adalah WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya.
Seterusnya bagi Negeri Sembilan, kawasan dijangka terlibat adalah Seremban. Manakala bagi negeri Sarawak pula di kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong (Pusa dan Betong), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu (Bintulu dan Sebauh) dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi).
Bagi penduduk di kawasan yang dijangka terlibat, anda dinasihatkan untuk sentiasa berada di rumah dan berhati-hati bagi yang memandu untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingin daripada berlaku.
#ributpetirmetmalaysia#MenangBersama#LindungDiriLindungSemua#metmalaysia pic.twitter.com/4B8RqpAtWF
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) March 8, 2022
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia