Siakap Keli
Gambar: Astro Awani

Anggota ATM Maut, 2 Lagi Cedera Parah Dalam Nahas Melibatkan Lori

Seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berusia 23 tahun maut di tempat kejadian dalam kemalangan melibatkan lori ATM kira-kira jam 3.40 petang semalam.

Memetik laporan Astro Awani, nahas berlaku di kilometer 16 Jalan Penawar-Punggai, menyebabkan dua lagi anggota cedera parah sementara dua pegawai mengalami cedera ringan dan kini sedang menerima rawatan lanjut.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Hussin Zamora, siasatan awal mendapati punca kemalangan adalah disebabkan lori ATM berkenaan gagal memotong kenderaan lain.

“Siasatan awal mendapati punca nahas yang berlaku dipercayai gagal memotong dan akibatnya, seorang anggota tentera meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Selain itu, dua anggota tentera cedera parah manakala dua lagi termasuk pegawai tentera mengalami cedera ringan.

“Anggota yang cedera parah menerima rawatan lanjut di Hospital Kota Tinggi,” ujar Hussin.

Katanya, punca sebenar kemalangan masih di peringkat siasatan dan tiada kenderaan awam dilaporkan terlibat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kenderaan ATM itu dalam perjalanan daripada Pos Tg leman Mersing ke Pos Tg Sepang, Pengerang.

“Kemalangan hanya membabitkan lori ATM dan tiada kenderaan awam terlibat.

“Buat masa ini, pihak polis masih lagi dalam peringkat siasatan bagi mengetahui punca sebenar kejadian dan kematian anggota tentera akibat kemalangan yang berlaku,” jelas Hussin, memetik laporan Astro Awani.

Sumber: Astro Awani

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.