Siakap Keli
Gambar: Tribun Cirebon

Bergaduh Punya Pasal, Wanita Terpaksa Pindah Rumah Lepas Jiran Bina Tembok Halang Laluan Masuk Ke Rumahnya

Seorang warga emas mendakwa bahawa dia tidak boleh masuk ke dalam rumahnya sendiri setelah jalan untuk dia kembali ke rumah telah ditutup oleh jirannya dengan tembok.

Nasib malang itu telah dialami oleh seorang warga emas yang menetap di Desa Mejobo, Kecamatan Mejobo, Kabupaten Kudus, Jawa Tengah, Indonesia.

Hanya disebabkan oleh hubungan yang kurang baik dengan jirannya, wanita itu terpaksa berpindah dari rumah yang selama ini dihuninya.

Menurut laporan, tiada jalan lain yang boleh dilalui oleh wanita warga emas itu untuk kembali ke rumahnya karena ia hanya satu-satunya jalan yang ada.

Jiran blok dengan tembok

“Warga emas itu tak boleh keluar masuk rumah karena ia merupakan satu-satunya jalan yang ada untuk dia masuk. Tak ada akses jalan lain disebabkan ianya ditutup oleh rumah jiran-jiran yang lain,” kata Mukim di Mejobo, saat dihubungi Kompas.com.

Tembok sepanjang 10 meter dengan tinggi 2.3 meter itu didakwa sengaja dibina sebagai dinding penghalang untuk keluarga warga emas itu keluar masuk rumah.

Difahamkan bahawa, pembinaan tembok berkonstruksi batu-bata ringan (hebel) tersebut hanya mempunyai jarak sekitar 40 sentimeter dari rumah warga emas tersebut.

Mukim Mejobo turut memaklumkan bahawa pembinaan tembok yang baru dibina pada hujung minggu lalu itu adalah di atas tanah jiran itu sendiri.

Sebelum ini jalan itu dibiarkan sahaja terbuka, tetapi sejak hubungan diantara mereka menjadi dingin, jirannya itu telah membina tembok untuk menghalang jalan keluar masuk tersebut.

Sering bergaduh

“Mereka sudah berpuluh tahun hidup berjiran dan sering bergaduh. Kedua-duanya tidak mempunyai hubungan yang baik. Mak jiran tersebut juga mengeluh, tak tahan dengan kata-kata warga emas itu yang tidak senonoh,” kata mukim itu lagi.

Warga emas itu hanya mempunyai masa 2 hari sahaja untuk meninggalkan tempat itu dan mengambil barang-barangnya. Dia mula mengemas barang-barangnya dengan dibantu oleh anggota Polis Sektor Mejobo dan pegawai Daerah Mejobo.

Semasa mengemas barang-barangnya, keadaan rumah jirannya itu sangat daif kerana tinggal di rumah tanpa lantai. Walaupun rumah itu berdinding bata dan berbumbung jubin, namun tingkat bawahnya masih tanah tidak berlantai.

Ketua Daerah Trantib, Mukim Mejobo menjelaskan bahawa kerajaan tempatan akan membantu mencari tempat baharu untuk warga emas tersebut kerana keadaan ekonominya yang daif.

Sumber: Tribun News

Akhmar Ikmal