Situasi semakin cemas apabila loji kuasa di Chernobyl, Ukraine berisiko untuk mengeluarkan bahan radioaktif ke udara menyebabkan risiko kepada penduduk setempat.
Memetik daripada laporan Mirror.Uk, tentera Rusia bertindak memutuskan sambungan loji nuklear daripada grib mencetuskan ketakutan pada penduduk.
Menurut laporan Syarikat Tenaga Nuklear Ukrenergo mendakwa loji tersebut telah ditawan sepenuhnya oleh tentera Rusia dan telah terputus sepenuhnya tanpa bekalan kuasa.
Selain itu, Syarikat Nuklear kerajaan Ukraine, Energoatom berkata, bahan radioaktif boleh dibebaskan daripada loji tersebut kerana tidak dapat berfungsi dengan baik selepas sambungan kuasanya terputus.
Bagaimanapun, kerja baik pulih loji berkenaan sangat mustahil kerana pertempuran kedua-dua negara itu masih berterusan.
Menteri Tenaga, Herman Halushchenko berkata pihak Ukraine tidak mengetahui apa yang berlaku di kawasan tersebut sejak di tawan oleh tentera Rusia.
Jelasnya lagi, Ukraine juga tidak mempunyai kawalan ke atas apa yang berlaki di loji nuklear terbesar di Zaporizhzhia kerana lebih kurang 400 tentera Rusia berada di kawasan loji berkenaan.
Sistem memantau bahan nuklear di Chernobyl telah diambil alih oleh pihak lawan sejak sebulan yang lalu, tegasnya.
Pada masa yang sama, pengendali nuklear Ukraine bimbang tentang kebocoran radiasi yang bakal berlaku di loji Chernobyl akan merebak ke seluruh Eropah.
Oleh itu, Menteri Luar Negeri Ukraine, Dmytro Kuleba menyeru kepada masyarakat antarabangsa untuk mendesak Rusia menghentikan serangan untuk membenarkan unit pembaikan memulih bekalan kuasa dijalankan di loji berkenaan.
Sumber: Mirror.Uk