Kemalangan membabitkan beberapa buah kenderaan dilaporkan berlaku di Jalan Kuching, selepas susur Jalan Sultan Ismail menghala ke Pusat Bandar, kira-kira jam 6.42 pagi tadi.
Menurut Info Trafik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (ITIS DBKL), satu insiden kemalangan di Jalan Kinabalu atas Bulatan Dato Onn ke jalan berkenaan telah menyebabkan penutupan sementara lokasi kejadian.
Setakat ini, keadaan mangsa yang terlibat kemalangan masih belum dapat dipastikan. Pun begitu, ITIS DBKL memaklumkan bahawa mangsa telah dibawa ke hospital untuk tindakan susulan.
“Mangsa telah dibawa ke hospital. Semua kenderaan yang terlibat dalam kemalangan telah ditunda ke lokasi selamat dengan bantuan tunda dan renjer,” jelas ITIS DBKL melalui laman Twitter rasmi.
Jalan Kuching : Kemalangan beberapa buah kenderaan selepas susur Jalan Sultan Ismail menghala ke Pusat Bandar.
Satu kemalangan di Jalan Kinabalu atas Bulatan Dato Onn ke Jalan Kuching. Penutupan sementara di lokasi ini. Sila gunakan jalan alternatif lain. pic.twitter.com/4ttJeYCmCE
— ITIS DBKL (@ITIS_TRAFIK) March 9, 2022
Sumber: Info Trafik DBKL