Makanan boleh nampak tua? Sejauh manakah kebenaran ini? Ramai yang sanggup berhabis duit untuk mendapatkan wajah yang sempurna dan awet muda.
Selain daripada stress dan tidak memakai sunscreen, sumber makanan yang diambil oleh seseorang juga boleh menjadi punca wajah dimilikinya kelihatan lebih tua berbanding usia sebenar.
Hello Doktor berkongsi satu artikel berkenaan beberapa makanan yang perlu dielakkan untuk mengekalkan wajah yang awet muda. Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui 9 makanan yang boleh membuatkan seseorang nampak tua sekiranya diambil secara berlebihan.
Makanan Boleh Nampak Tua Jika Diambil Berlebihan
Makanan bertindak untuk memberikan tenaga kepada badan agar anda lebih bertenaga dalam melaksanakan tugasan seharian anda. Namun, tahukah anda bahawa terdapat beberapa jenis makanan yang menyebabkan muka nampak tua? Tidak percaya? Ikuti artikel ini untuk mengetahui apakah makanan yang menyebabkan muka tua sebelum usia.
#1. Manis, bergula
Makanan manis dan mengandungi tinggi kandungan gula bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan, malah ia juga menyebabkan anda kelihatan lebih berusia daripada usia sebenar anda dengan kemunculan kedutan pada kulit.
Antara makanan yang harus dihadkan pengambilannya adalah seperti donut disaluti krim, kek dan gula-gula.
#2. Alkohol
Pengambilan secara sederhana mungkin memberikan manfaat kepada jantung, tetapi meminumnya secara berlebihan boleh mempercepatkan proses penuaan.
Malah kesan alkohol juga amat berbahaya kepada hati – toksin yang wujud dalam hati boleh menyebabkan pelbagai masalah berkaitan kulit seperti jerawat, dan kedutan, serta mengurangkan keanjalan kulit.
Minuman beralkohol juga tidak baik kerana boleh menyebabkan dehidrasi.
#3. Garam
Makanan yang mengandungi garam pada jumlah yang tinggi juga menjadi penyebab muka boleh kelihatan tua.
Antara contoh makanan yang tinggi kandungan natrium adalah seperti kerepek kentang, makanan dalam tin.
Garam akan menyimpan air dan kesannya boleh kelihatan pada mata yang bengkak.
Sebaiknya elakkan makanan yang tinggi kandungan garam untuk mengurangkan risiko anda menjadi kembung dan berkedut.
#4. Kesan terbakar
Pasti anda pernah melihat atau memakan hidangan bakar atau panggang? Di mana pada daging atau ayam yang dipanggang itu kelihatan tompokan hitam kesan terbakar atau dipanggil charred atau black char.
Ia mengandungi hidrokarbon pro-radang (pro-inflammatory hydrocarbon) yang boleh menyebabkan kolagen pada kulit anda rosak.
Anda masih boleh memakan makanan yang dipanggang, cuma hindari dari memakan bahagian yang terbakar tersebut.
#5. Daging diproses
Sosej, bakon atau daging burger merupakan antara makanan yang terkandung sulfit (sulfide) dan bahan pengawet lain yang boleh mencetuskan keradangan pada kulit dan mempercepatkan penuaan. Malah, produk makanan sebegini juga tinggi kandungan garam.
#6. Daging merah
Memakan lebih daging merah, seperti daging lembu, boleh menjejaskan keupayaan badan untuk menghasilkan kolagen – yang membantu menjadikan kulit lebih muda, anjal dan sihat.
Daging merah mengandungi kandungan lemak tepu tinggi yang boleh membawa kepada masalah penyakit jantung, strok dan beberapa jenis kanser.
#7. Makanan bergoreng

Sebarang makanan yang digoreng dalam minyak boleh menambahkan keradangan pada seluruh badan dan merupakan antara makanan penyebab muka nampak tua.
Pengambilan makanan bergoreng dengan terlalu kerap meningkatkan kandungan kolesterol tidak sihat LDL dan mengurangkan kandungan kolesterol baik HDL – sekali gus meningkatkan risiko penyakit jantung.
Semak cara mengira kalori menggunakan kalkulator BMR di sini.
#8. Makanan pedas
Benarkah makanan pedas menjadi makanan penyebab muka nampak tua? Walaupun ada pendapat yang mengatakan makanan pedas baik untuk kesihatan, namun, ia juga boleh membuatkan anda kelihatan lebih berusia berbanding usia sebenar anda – terutama kepada wanita yang sedang mengalami menopaus.
Bagi individu yang menghidapi rosacea iaitu keadaan yang menyebabkan kulit kemerahan, makanan pedas hanya akan memburukkan lagi keadaan kulit anda.
#9. Kafein
Minuman yang berkafein, adalah bersifat diuretik. Ia menolak atau menyingkirkan air dari dalam badan yang boleh menyebabkan dehidrasi dan mengurangkan kelembapan badan yang boleh mengakibatkan kerosakan pada kulit sekali gus menjadikan anda kelihatan lebih berusia.
Sumber: Hello Doktor