Seorang gadis dari Cileunyi, Kabupaten Bandung, Indonesia dilaporkan telah dibunuh oleh teman lelakinya.
Mayat gadis itu telah ditemui di kawasan semak yang terletak di Jalan Cisaranten Kulon II, Kecamatan Arcamanik, Kota Bandung.
Bagaimanapun, pihak polis telah menahan dua pelaku yang disyaki membunuh wanita tersebut.
“Ya, Alhamdulillah, suspek telah ditangkap. Seorang (pembunuh) dibantu oleh suspek lain untuk membuang mangsa” kata Ketua Polis Bandung, Kombes Pol Aswin Sipayung.
Kedua-dua suspek masing-masing berusia 33 dan 25 tahun.
Ketika disoal siasat polis, salah satu suspek mengaku sebagai kekasih mangsa.
Menurut polis, kedua-dua suspek sama-sama mengenali mangsa.
AKBP Rudi Trihandoyo menjelaskan, sebelum mangsa meninggal dunia, mangsa pernah menginap bersama salah seorang suspek di sebuah hotel melati di kawasan Bandung.
Bagaimanapun, kedua-duanya bergaduh sehingga suspek bertindak meragut nyawa mangsa dengan mencekik leher mangsa.
“Daripada hasil bedah siasat, mangsa mati dicekik. Hal ini kerana, hasil bedah siasat menunjukkan mangsa mati akibat sesak nafas”, katanya.
Suspek membonceng mayat mangsa dengan motosikal
Memetik laporan TribunnewsBogor.com dari Tribun Jabar, suspek telah membawa mayat mangsa menaiki motosikal.
Selepas membunuh mangsa, suspek panik dan terus menghubungi rakannya, iaitu seorang lagi suspek yang kini turut ditahan.
Atas nasihat rakan, mayat mangsa dibawa menaiki motosikal.
Mereka berpusing-pusing mencari tempat untuk membuang mayat gadis itu.
“Mereka sempat berpusing-pusing menaiki motosikal, menaiki tiga orang bersama mangsa. Setibanya di lokasi (Arcamanik), suspek akhirnya membuang mangsa”, katanya.
Ditemui di tanah kosong
Penemuan mayat seorang gadis telah membuat warga Bandung heboh mengenai kejadian itu.
Mayat wanita tanpa identiti itu ditemui penduduk di kawasan semak Jalan Cisaranten Kulon III, Kecamatan Arcamanik, Kota Bandung.
Mayat gadis itu katanya, ditemui dalam keadaan terlentang di lalang di sebelah rumahnya.
“Mangsa memakai baju hitam dan berseluar jeans biru dalam keadaan terlentang dalam semak, dia sudah meninggal dunia”, kata AKBP Rudy Trihandoyo.
Terdapat luka di kaki
Hasil pemeriksaan polis mendapati terdapat kesan luka di kaki mangsa.
Ketua Polis Arcamanik, Kompol M Zuhdi berkata, sehingga kini punca kecederaan tidak diketahui.
“Saya tidak tahu apa itu disebabkan kemalangan atau apa, (luka) di jari kaki kiri”, katanya.
Bagaimanapun, pihak polis masih belum mengetahui punca kematian mangsa dan masih menunggu hasil pengecaman daripada Inafis Polrestabes Bandung.
“Mayatnya kini dibawa ke Sartika Asih untuk pengecaman”, katanya.
Sumber: Tribunnews