Seorang lelaki sanggup berpura-pura menjadi “rider” penghantar makanan demi mendapatkan makanan percuma. Tindakan tersebut bagaimanapun sempat dirakam oleh CCTV yang jelas menunjukkan perbuatan keji lelaki itu.
Rakaman CCTV itu telah menjadi tular selepas ia dimuat naik oleh akaun @lambe_ojol di rangkaian media sosial Instagram.
Pada mulanya, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki yang mengaku sebagai pemandu Food Panda datang ke satu kedai makan.
Lelaki itu tidak memakai pakaian seragam mahupun topi keledar syarikat penghantar makanan tersebut.
Lelaki berbaju merah itu kemudian bertindak untuk masuk ke dalam restoran dan berpura-pura mengambil gambar bil daripada telefon bimbit aplikasi dalam talian kedai makan itu.
Tidak lama kemudian, CCTV tersebut menunjukkan pemandu itu pergi dengan membawa beberapa makanan yang diletakkan di motor miliknya.
Menurut maklumat admin, makanan yang bakal dibawa oleh pemandu palsu itu pada mulanya dibatalkan secara tiba-tiba oleh operator melalui telefon.
Jumlah keseluruhan pesanan makanan yang dibawa untuk pemandu palsu itu adalah sebanyak Rp 146 ribu (RM42.54).
Lelaki itu terus mengambil resit dari telefon bimbit pekerja kedai makan itu dan berpura-pura menghubungi bahagian komunikasi untuk meneruskan hasratnya .
“Dia berpura-pura menelefon bahagian komunikasi syarikat penghantaran makanan kerana masalah pembelian yang batal secara tiba-tiba,” jelas admin seperti dipetik Beritahits.id.
Anak pemilik restoran yang didakwa menghantar muat naik kepada admin berharap netizen mengenali pemandu itu dan terus menghubungi dia sekiranya mempunyai info tentang lelaki itu.
Dia memberitahu bahawa ia bukan masalah duit, namun sikap lelaki itu yang menipu merupakan satu perbuatan yang sangat biadab sedangkan ibu bapanya berusaha keras mencari keperluan harian.
Malangnya, nombor pendaftaran motosikal pemandu palsu itu kabur dan tidak kelihatan sehingga sukar untuk dikesan.
Menjengah di ruangan komen, kebanyakan netizen mengecam tindakan tidak bermoral pemandu palsu itu.


Sumber: BeritaHits.id dan Instgram @lambe_ojol