Siakap Keli

(Video) Ikan ‘Misteri’ Berkepala Seakan Lembu Sangkut Di Mesin ROV, Buat Ramai Tertanya “Ikan Apa?”

Sebenarnya masih ramai yang tidak tahu tentang kehidupan laut dalam. Ya, dengan kedalaman 1,000 kaki hingga mencecah 5,000 meter, tiada siapa yang tahu apa yang ada di dalamnya.

Mungkin kita tidak didedahkan dengan kehidupan laut dalam, yang hanya kita kenal hanyalah ikan-ikan yang dijual di pasar sahaja.

Tular satu rakaman video yang dirakam oleh sekumpulan pekerja ‘Offshore’ menunjukkan seekor ikan berkepala seakan lembu terperangkap di mesin ROV mereka.

“Pertama kali bawak naik Magikarp…”

Bagaimanapun, sehingga kini tiada penjelasan tentang spesis ikan ini. Namun, ada pengguna Twitter yang lain mendakwa  ikan tersebut dikenali sebagai ‘Parrotfish’.

 

 

Magikarp yang diungkap di dalam kapsyen berkenaan dipercayai merujuk kepada satu karakter dalam anime Pokemon. Ia merupakan Pokemon jenis air yang diperkenalkan dalam Generation 1.

Magikarp boleh berevolusi menjadi Gyarados bermula dari Level 20.

Sumber: Khairul Anuar, Bulbpedia

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.