Pengucapan awam merupakan suatu interaksi yang memerlukan seseorang berucap di khalayak ramai dengan tujuan untuk menyampaikan mesej.
Bagi seseorang yang jarang membuat pengucapan awam, mereka pasti tidak akan lari daripada mengalami filler words ataupun dikenali sebagai kata pengisi.
Filler words merupakan kata ataupun bunyi tidak bermakna yang menunjukkan seseorang sedang berada dalam keadaan ragu atau gugup. Antara contoh filler words adalah emm, eee, haa, ehh dan err.
Seseorang yang mengalami filler words dalam pengucapan awam bukanlah sesuatu perkara yang asing dan pelik. Namun begitu, sekiranya ia digunakan secara berlebihan, ia akan membuatkan pendengar sukar untuk faham mesej yang ingin disampaikan.
Seorang pengguna Tiktok, @bicarapede telah berkongsikan satu tips untuk menghilangkan filler words dalam pengucapan awam agar nampak lebih yakin semasa berucap.
Menurut pemilik video, tips yang dimaksudkan adalah seseorang boleh memanjangkan beberapa huruf akhir semasa berucap untuk mengelakkan filler words.
Sebagai contoh: “Nama sayaaaa…. Amin. Saya berasal dariiii… Kuala Lumpur”
Untuk ketahui lebih lanjut, sila lihat video di bawah!
@bicarapede Balas @8fgv9h lo sendiri suka refleks gak ucapin ini ? 👍🏻😭 #serunyabelajar #samasamabelajar #publicspeakingtips #tipspublicspeaking
Sumber: Tiktok @bicarapede