Kita hanya mampu merancang, tetapi Dia yang menentukan. Rata-rata orang yang berkunjung ke Tanah Suci Mekah dan Madinah untuk menunaikan ibadah umrah dan haji yang semestinya menjadi impian setiap umat Islam. Tak kurang juga ada yang rela hati ingin tinggal di sana terus.
Begitu juga seperti kisah yang dikongsikan oleh Puan Zakiah Nuraihan tentang ayah tercinta yang nekad untuk menetap di Tanah Suci selepas kematian isteri tercinta.
Kehilangan orang tersayang merupakan satu perkara yang amat sedih bagi semua insan tidak kira lelaki atau wanita. Perasaan sedih pilu tidak dapat digambarkan. Kehilangan yang menjadi kerinduan yang tiada penghujungnya.
Nekad berhijrah ke Tanah Suci Mekah dan tidak ada niat untuk kembali ke Malaysia
Selepas kematian isteri sejak tahun 2017 lalu, Muhammad Shaharuddin berusia 65 tahun nekad untuk berhijrah ke Mekah untuk menghabiskan sisa hidupnya di sana.
Wanita itu memaklumkan semasa dihubungi sebentar tadi, ayahnya nekad untuk terus tinggal di sana dan tidak mempunyai niat untuk kembali ke Malaysia semula.
Jelasnya, keputusan tersebut diambil selepas kematian ibu tercinta dan ayahnya sering merasa kesunyian ketika berada di rumah keseorangan. Ayahnya berhajat untuk terus fokus melakukan ibadah di Mekah sepanjang hidupnya.
“Niat ayah saya memang nak habiskan sisa hidupnya beribadah dengan tenang dekat sana, ayah memang dah niat bila pergi, dia tak nak balik…”
Katanya lagi, mereka adik beradik telah bersepakat untuk lepaskan ayah mereka pergi demi kebahagiaan jiwa yang dicari selama ini walaupun ia bakal menjadi sebuah pertemuan terakhir buat mereka sekeluarga.
“Kami semua ikhlaskan untuk kebahagiaan ayah… kami akan sentiasa rindui senyuman ayah”
“Ayah saya tinggal sorang.. kalau larat, ayah balik bilik sewa. Kalau tak larat, ayah habiskan waktu kat Kaabah…”
Jelasnya lagi, ayahnya menggunakan visa melancong, selepas tamat visa tersebut, ayahnya akan daftar untuk visa pengajian kerana dia nak masuk madrasah di sana. Bukan itu sahaja, dia turut memberitahu bahawa ayahnya menyewa bilik di sana.
@leesaridzki212 Jauh dimata, Dekat dihati.. adek syg ayah 🥲
@leesaridzki212 Selamat tinggal ayah 😢
@leesaridzki212 Reply to @leesaridzki212 semoga terjawab segala persoalaan.. niat ayah sy memang nak hbskan sisa hidup beribadah dgn tenang kt sana.. ayah memang dah niat ble pergi, dye tak nak balik.. kami semua ikhlaskan utk kebahagiaan ayah 🥲
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut menitiskan air mata apabila melihat babak perpisahan mereka sekeluarga yang sangat menyentuh hati. Tidak kurang juga ada di antara mereka yang mendoakan agar Pak Cik Shaharuddin diberikan kesihatan sepanjang berada di sana.
Sumber: Zakiah Nuraihan