Wanita Dirogol Setiap 10 Minit & Dibunuh Setiap 7 Jam. Di Brazil, seorang wanita dilaporkan dirogol setiap sepuluh minit dan seorang wanita dibunuh setiap tujuh jam.
Memetik akhbar TRT world, angka yang mengejutkan itu mendorong anggota panel kajian Forum Keselamatan Awam Brazil dalam menggesa pihak berkuasa mahupun kerajaan untuk bertindak segera menangani jenayah tersebut.
Menurut laporan daripada Forum Keselamatan Awam Brazil, bilangan rogol di negara Amerika Syarikat itu meningkat 3.7 peratus, iaitu kepada 56,098 pada tahun 2021.
Manakala femicide atau pembunuhan wanita pula menurun sebanyak 2.7 peratus, tetapi dengan jumlah keseluruhan 1,319 untuk tahun itu, angka itu kekal membimbangkan, kata pengarah organisasi, Samira Bueno.
“Walaupun terdapat penurunan kecil dalam pembunuhan wanita, jumlahnya kekal sangat tinggi.
“Angka-angka ini menunjukkan keperluan mendesak untuk melaksanakan dasar awam bagi melindungi mangsa serta mencegah dan menghadapi keganasan terhadap wanita dan gadis di Brazil.”
Kajian itu dibuat berdasarkan laporan rasmi polis dan angka sebenar kes sudah pasti jauh lebih tinggi.
Pada tahun 2020, terdapat peningkatan tinggi kes pembunuhan wanita antara Februari hingga Mei, ketika perintah berkurung dikuatkuasa dengan ketat akibat pandemik COVID-19.
Sumber: TRT