Siakap Keli
Anak dirogol
Gambar: Vanguard News

Anak Dirogol Hingga Hamil 8 Bulan, Bapa Beri Alasan Isteri Meninggal

Kes anak dirogol hingga hamil ini berlaku di Kota Baubau, Sulawesi Tenggara Indonesia, dimana memetik berita tempatan, suspek dilaporkan berusia 53 tahun manakala mangsa pula merupakan seorang remaja berusia 17 tahun.

Ketua Polis Daerah Baubau, AKBP Erwin Pratomo berkata, kes ini bermula pada Jun 2021 sekitar jam 11 malam waktu tempatan, di mana suspek tiba di rumah berkenaan.

Menurut Ketua Polis Baubau, pada ketika itu, mangsa sedang berada di dalam biliknya sambil bermain telefon bimbit.

“Kemudian suspek telah masuk ke dalam bilik dan duduk di sebelah mangsa.

“Suspek kemudian memujuk mangsa untuk melakukan hubungan seks dengan alasan bahawa isterinya, yang merupakan ibu mangsa telah lama meninggal dunia”, jelasnya.

Mangsa dilaporkan telah menolak pelawaan suspek dan cuba melawan dengan menolak badan suspek.

Bagaimanapun, suspek terus cuba memujuk mangsa supaya mengikut kehendaknya, menurut AKBP Erwin Pratomo.

“Ketika itu mangsa anak dirogol hanya diam, kemudian suspek melakukan persetubuhan dengan mangsa”, katanya lagi.

Tidak berakhir disitu, dua minggu kemudian, suspek sekali lagi dilaporkan telah mengajak mangsa untuk melakukan hubungan seks seperti suami isteri di dalam bilik yang sama.

“Kejadian itu terjadi berulang kali pada Jun, Julai dan Disember 2021 sehingga mangsa hamil”, jelasnya.

Menurut Ketua Polis Baubau, berdasarkan hasil bedah siasat doktor, usia kandungan mangsa sudah memasuki 8 bulan.

Tambahnya lagi, suspek kini telah ditahan dan bakal berdepan dengan hukuman penjara selama 15 tahun.

Anak dirogol
Gambar: Tribunnews

Sumber: Tribunnews

Aireena Marizan