Siakap Keli
Nyamuk suka warna apa
Kredit: TribunNews

Bukan Setakat Hitam, Pakai Baju Warna Ini Pun Boleh Menarik Nyamuk

Mesti ramai tertanya nyamuk suka warna apa kan? Ini kerana warna baju yang dipakai kadang-kala boleh menarik kehadiran nyamuk seperti warna hitam.

Dalam satu kajian oleh Universiti Washington, Amerika Syarikat, mereka mendapati bahawa nyamuk sebenarnya menyukai beberapa warna tertentu sahaja.

Berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam Nature Communications pada 4 Februari 2022, nyamuk dikatakan lebih tertarik kepada orang yang memakai pakaian berwarna merah dan juga akan datang kepada seseorang yang memakai pakaian berwarna oren dan hitam.

Apabila nyamuk menghidu bau tertentu seperti CO2 dari nafas kita, bauan itu merangsang mata mereka untuk mengimbas warna tertentu dan corak visual lain yang dikaitkan dengan mangsa yang berpotensi.

“Nyamuk akan menggunakan deria bau untuk membantu mereka membezakan apa yang berdekatan, ” kata Profesor Jeffrey Riffell, pengarang kanan kajian dari University of Washington Seattle.

Selepas mengimbas hos, nyamuk ini akan pergi ke warna tertentu yang mereka suka. Penyelidik mendapati bahawa nyamuk memilih warna merah, oren, hitam dan mengabaikan warna lain seperti hijau, ungu, biru, dan putih.

Ini sekaligus menjawab persoalan ramai mengenai warna apa yang nyamuk suka dan manusia boleh mengelakkan memakai warna pakaian yang boeh menarik serangga itu.

Selain daripada warna yang dinyatakan di atas juga, kajian turut menunjukkan bahawa kulit manusia turut mengeluarkan sejenis isyarat merah-oren yang kuat kepada mata nyamuk untuk mempengaruhinya dalam mencari mangsa.

“Saya pernah memaklumkan bahawa terdapat tiga petunjuk utama yang menarik perhatian nyamuk iaitu nafas, peluh dan suhu kulit.”

“Tetapi dalam kajian ini kami menemui tanda keempat iaitu warna merah yang dapat dilihat pada kulit seseorang,” kata Riffell.

Sumber: Tribunnews  dan UW News

Akhmar Ikmal

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.