Siakap Keli
Gambar hiasan via Bernama

COVID-19: 30,246 Kes Baharu Dilaporkan Semalam, 99 Peratus Daripadanya Adalah Kategori 1 & 2

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Hisham memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 30,246 kes baharu COVID-19 yang dicatatkan semalam (9 Mac).

Pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini bertambah kepada 3,711,199 kes.

Daripada jumlah itu, sebanyak 29,828 kes tempatan manakala 418 kes lagi adalah kes import.

Sementara itu, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 388 kes, manakala 225 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Memetik kenyataan akhbar KPK, Pecahan kes COVID-19 mengikut kategori adalah seperti berikut:

  • Kategori 1: 9,797 kes (32.39%);
  • Kategori 2: 20,226 kes (66.87%);
  • Kategori 3: 115 kes (0.38%);
  • Kategori 4: 54 kes (0.18%); dan
  • Kategori 5: 54 kes (0.18%).

Sumber: Kenyataan Akhbar KPK

Aireena Marizan

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.