Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, angin kencang dan ribut petir yang dijangka berlaku di empat negeri sehingga tengah hari ini.
Menurut kemaskini yang dikeluarkan MetMalaysia setakat jam 8.55 pagi tadi, negeri-negeri yang dijangka terlibat sehingga jam 12 tengah hari ini termasuk Kedah, Perak, Pahang dan seluruh negeri Pulau Pinang.
Di Kedah, kawasan yang dijangka terkesan adalah Langkawi, manakala daerah yang terlibat di negeri Pahang termasuk Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub.
Sementara itu di negeri Perak, lokaliti yang diramal mengalami hujan lebat, angin kencang dan ribut petir hingga tengah hari ini adalah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
Oleh itu, pengguna jalan raya dan penduduk di kawasan terlibat dinasihatkan untuk lebih berwaspada dan sentiasa peka dengan maklumat cuaca terkini.
#ributpetirmetmalaysia#MenangBersama#LindungDiriLindungSemua#metmalaysia pic.twitter.com/00lYvthDsR
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) March 10, 2022
Sumber: MetMalaysia