Siakap Keli
Gambar Hiasan: Huff Puff

Ini 8 Soalan Korang Wajib Tanya ‘HR’ Sebelum Terima Tawaran Bekerja

Surat tawaran kerja atau kita panggil sebagai offer letter merupakan surat tawaran rasmi yang diberikan oleh syarikat kepada pekerja yang mereka ingin rekrut. Selalunya, sebelum seseorang individu itu menerima surat tawaran bekerja, mereka biasanya akan melalui beberapa sesi ujian seperti temuduga.

Lalu apabila tibanya surat tawaran itu ke tangan anda, sudah tentu anda akan berasa terharu dan bersyukur kerana diterima bekerja di tempat yang dimohon. Surat tawaran bekerja boleh disampaikan sama ada melalui fizikal, email atau mana-mana medium sosial yang lain.

Bermula dari situlah anda akan memikul tanggungjawab yang lebih besar dalam dunia pekerjaan. Tetapi sebelum menjadi terlalu ‘teruja’ menerima surat tawaran tersebut, anda sebenarnya perlu membuat sedikit penyelidikan terlebih dahulu.

BACA JUGA: Dicetak Dalam Company Letterhead & 13 Info Penting Yang Perlu Ada Dalam Surat Tawaran Kerja Menurut HR

Oleh itu, anda seharusnya mengenal pasti beberapa elemen penting ini sebelum anda menerima terus surat tawaran bekerja itu.

Menerusi satu perkongsian seorang pengguna Twitter Farid Affy, dia ada berkongsikan lapan soalan yang anda boleh tanya kepada bahagian sumber manusia (HR) sebelum menerima surat tawaran bekerja di syarikat tersebut.

Ingin ketahui dengan lebih lanjut berkenaan soalan apa yang anda perlu tanyakan? Ikuti perkongsian di bawah.

Semoga bermanfaat.

Soalan Wajib Tanya ‘HR’ Sebelum Terima Tawaran Bekerja

1. Budaya yang bagaimana syarikat ini amalkan.

2. Apakah peranan kerja dalam sehari-hari yang bakal dihadapi oleh pekerja (anda) sekiranya menerima kerja ini.

3. Di manakah terletaknya syarikat itu pada tempoh lima tahun akan datang.

4. Apakah cabaran terbesar yang pernah dihadapi oleh syarikat sama ada secara menyeluruh atau di mana-mana jabatan.

5. Apakah jangkaan syarikat terhadap jawatan yang diterima pekerja (anda) untuk tiga bulan pertama.

6. Apakah kualiti yang paling penting untuk seseorang (pekerja) berjaya dalam jawatan yang diterima.

7. Minta HR untuk terangkan dengan lebih lanjut mengenai pasukan (team) yang anda bakal masuk.

8. Tanya bagaimana syarikat akan mengukur kejayaan seseorang menerusi jawatan yang mereka diterima.

Sumber: Farid Affy 

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.