Boleh dikatakan setiap kali kerajaan umum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pasti ada sahaja ‘hobi’ atau perkara baru yang diwujudkan oleh seseorang untuk mengisi masa lapang hingga menjadi viral. Antaranya ‘demam’ keladi atau hobi membela pokok keladi.
Pokok keladi mula viral dan dijual dengan harga mencecah ribuan ringgit kerana mendapat permintaan yang tinggi oleh orang ramai yang berminat menjadikan aktiviti membela pokok keladi sebagai hobi.
Akibat menjadi buruan ramai, pemilik pokok keladi atau caladium, Noor Suziela berkongsi perasaan tidak puas hati kerana tanamannya didakwa dicuri oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
9 jenis kena curi
“Bukan sejenis, bukan dua jenis tetapi 9 jenis semuanya… siap guna cangkul milik saya untuk mencuri”
Menerusi salinan laporan polis yang dibuat, kali terakhir wanita ini melihat pokok-pokoknya pada dua hari lepas.
Pada pagi semalam, suaminya mendapati beberapa jenis pokok keladinya hilang didakwa dicuri. Malah, dua cangkul milik mereka didakwa turut diguna pencuri tersebut.
“Pokok keladi yang hilang ini mempunyai harga yang tinggi di pasaran sekarang,” jelasnya dalam salinan laporan polis tersebut.
Katanya lagi, pada malam kejadian, suami serta menantunya ada mendengar sesuatu di luar rumah tetapi tidak memeriksa dengan lanjut kerana menganggap ia perkara biasa dan tidak menyangka kes kecurian ini boleh berlaku.
“Sakit hati Tuhan ja tau… Tunggulah masa mu, report dah, cap jari pun dah..”
Tegasnya dalam satu hantaran di laman group warga Machang, pihak polis telah pun mengambil cap jari individu tersebut untuk siasatan lebih terperinci.
BACA: Warna Baru, Apple Lancar Iphone 13 & 13 Pro Edisi Hijau “Alphine”
Sumber: Noor Suziela