Siakap Keli

Mydin Terbesar Negara Di Kota Bharu Tampil Konsep Unik, Surau Dibina Berasingan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Membeli belah di pasar raya adalah hal yang wajib dilakukan setiap bulan. Malah, mungkin ada juga di antara kita yang berkunjung ke pasar raya setiap hujung minggu atau mungkin juga setiap hari.

Di Malaysia, terdapat banyak jenis pasar raya daripada yang mewah hinggalah kepada yang ‘biasa-biasa’, yang jual barangan mahal dan berkualiti tinggi serta yang ‘mampu milik’.

Antara pasar raya yang menjadi pilihan rakyat Malaysia dengan tawaran harga yang berpatutan, sudah semestinya pasar raya Mydin. Menarik untuk Siakap Keli kongsikan hari ini adalah reka bentuk dan konsep Mydin terbaharu di Kota Bharu, Kelantan.

Perkongsian ini ditulis di laman Facebook BackPackerz baru-baru ini. Jom terokai perkongsian mereka yang telah kami sertakan di bawah ini.

Konsep baru Mydin Di Kota Bharu, Kelantan

Konsep baru Mydin yang unik di mana mereka bina surau di bangunan berasingan namun mempunyai jejantas antara mall dan surau.

Kredit: BackPackerz

Dapat permudahkan urusan umat Islam untuk menunaikan solat setiap kali masuk waktu. (Min pun suka konsep baru nih).

Kredit: BackPackerz
Kredit: BackPackerz

Mydin Mall terbesar di Malaysia ini akan dibuka esok (10 Mac 2022) di Tunjong, Kota Bharu dengan keluasan keseluruhan hampir sejuta kaki persegi.

Selain itu, Bazar Siti Hawa berkeluasan 76 208 kaki persegi dengan 177 lot kedai diperkenalkan. Pelbagai produk kering dan basah dari peniaga tempatan akan dijual di situ.

Kredit: BackPackerz
Kredit: BackPackerz
  • Tunjong, Kota Bharu, Kelantan.

Sumber: Facebook BackPackerz

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.