Siakap Keli
Gambar: PDRM

Nur Alert: Polis Mohon Bantuan Kesan Adik Eric Chang Wei Jie

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi akaun Facebook rasminya memohon kerjasama orang ramai bagi membantu mengesan seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang.

Eric Chang Wei Jie yang berbangsa Cina dan berusia 4 tahun itu telah dilapor hilang di No 1493, Lorong 2 Taman Riverview, Jalan Daya.

Menerus perkongsian PDRM, kanak-kanak yang dilaporkan hilang itu berjantina lelaki dengan anggaran ketinggian 100 cm.

Mempunyai rambut berukuran pendek dan lurus. Warna kulitnya pula berwarna kuning langsat dan mempunyai bentuk badan kurus

Ketika hilang, mangsa dipercayai berpakaian t-shirt round neck berwarna biru gelap dan berseluar pendek hitam paras lutut.

PDRM menggesa orang ramai untuk menyebarkan maklumat tersebut bagi memudahkan urusan pencarian.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Insp Hasmah Binti Abdul Jalil di talian 013-6852210 atau boleh terus hubungi IPD Kuching, Negeri Sarawak di talian 08-2244444.

Kredit: PDRM

Sumber: PDRM

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.