Siakap Keli
Patung Mini Star Wars
Kredit: Chronicle Live

Patung Mini Star Wars ‘Yak Face’ Bakal Dijual Dengan Harga Lebih RM8 Ribu

Harga patung mini Star Wars dijangka akan dijual pada harga lebih £1,000 (RM5,509.03) berbanding harga asal £1.59 (RM 8.76) dalam satu sesi jualan lelong yang bakal berlangsung di Anderson dan Garland, Newcastle.

Pengarah jualan lelong, Fred Wyrley-Birch menjangkakan patung mini Star Wars yang dikenali sebagai Yak Face sekitar tahun 1983 itu boleh dijual dengan harga setinggi £1,500 (RM8,271.69).

“Yak Face merupakan salah satu patung terakhir yang mereka jumpa dan ia jarang ditemui.”.

“Terdapat dua patung dalam jualan ini, salah satunya sudah dibuka daripada bungkusan dan ia dianggarkan dijual £100 (RM550.90) dan satu lagi patung pula masih dalam bungkusan asal dan ia mempunyai label harga £1.59 (RM8.76).

Oleh itu, harga permulaan bagi patung itu adalah £1,000 (RM5,509.03) dan kemungkinan besar bernilai kira-kira £1,200 (RM6,610.84) atau lebih,” kata Fred.

Kredit: Chronicle Live

Koleksi itu sebelum ini dimiliki oleh seorang pengumpul di Sussex. Ia termasuk Artoo-Detoo (R2-D2) asli dan kad figura Return of the Jedi Han Solo.

Pelbagai barangan tambahan seperti poster dan kenderaan dari filem-filem itu telah dihantar oleh orang ramai yang tinggal di kawasan itu.

Ini termasuk sebuah kotak figura Chewbacca yang ditandatangani oleh mendiang Peter Mayhew iaitu pelakon yang memainkan watak pahlawan Wookiee antara 1977 dan 2015.

“Star Wars sentiasa mendapat perhatian daripada para peminatnya. Mereka merasakan ia ikonik.”

“Apabila Disney mengambil francais Star Wars, semua orang agak ragu-ragu tentang apa yang Disney akan lakukan dengannya tetapi mereka telah berjaya mencipta gelombang pengumpul baharu dalam filem itu.”, kata Fred.

“Akan sentiasa ada peminat Star Wars di seluruh dunia. Kita boleh lihat peminat daripada Amerika, Jepun dan juga Britain. Di mana terdapat pasaran pengumpul yang besar untuk barangan seperti ini.”tambah Fred.

Kredit: Chronicle Live

Selain daripada membuat jualan lelong, Anderson dan Garland juga akan melancarkan jabatan Kostum dan Tekstil Antik yang baharu.

Jabatan ini diketuai oleh Georgina Norman, yang telah menjalani latihan di Christies sebelum membantu menubuhkan Laidlaws di Carlisle.

Lelongan Star Wars akan bermula pada hari Rabu dan bidaan boleh dibuat secara dalam talian, secara peribadi atau melalui telefon.

Sumber: Chronicle Live

Akhmar Ikmal

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.