Siakap Keli
pengantin lelaki botak
Gambar: Google

Pengantin Lelaki Botak Punca Majlis Kahwin Batal

Sebuah majlis perkahwinan di India tidak dapat diteruskan apabila pengantin perempuan bertindak melarikan diri setelah melihat pengantin lelaki botak.

Pada awalnya, majlis perkahwinan yang diaturkan keluarga itu dikatakan berlangsung dengan lancar sebelum pengantin perempuan menyedari ‘kelainan’ pada kepala bakal suaminya itu.

Lelaki berkenaan dilihat memakai memakai hiasan tradisional di kepalanya dengan terlalu banyak ketika perarakan pertukaran kalungan bunga dilakukan antara kedua-dua pengantin.

Sangsi dengan keadaan tersebut, wanita berkenaan dilaporkan bersemuka dengan pengantin lelaki dan bertanya mengenai rambut pada kepalanya.

Apabila pengantin lelaki berkenaan mengesahkan dirinya botak, wanita itu dikatakan terus pengsan di tempat kejadian dan enggan meneruskan perkahwinan setelah sedar.

Keluarga wanita itu cuba memujuknya namun gagal, sekaligus menimbulkan rasa berang keluarga pengantin lelaki kerana mereka merasa dimalukan di dalam majlis berkenaan.

Pihak pengantin lelaki kemudiannya dituduh menipu pihak pengantin perempuan dengan tidak mendedahkan keadaan rambutnya yang sebenar.

Menurut polis, kedua-dua pihak bertindak memfailkan aduan terhadap satu sama lain dengan mendakwa bahawa mereka telah ditipu. Namun akhirnya, aduan itu ditarik semula.

“Kemudian kedua-dua pihak menarik balik aduan masing-masing dan menyelesaikan isu tersebut antara mereka,” kata jurucakap polis.

Kejadian sama berlaku pada November tahun lalu, apabila seorang pengantin perempuan dari wilayah Rajgarh, India turut mengambil keputusan membatalkan perkahwinannya ketika majlis berlangsung.

Menurut laporan News18, pengantin lelaki dan beberapa orang saudaranya yang berada di dalam majlis perkahwinan itu dikatakan berada di bawah pengaruh alkohol.

Malah, pengantin lelaki berkenaan juga didakwa berada dalam keadaan terlalu mabuk sehingga tidak mampu berdiri sendiri semasa upacara perkahwinan sedang dijalankan.

Melihat bakal suaminya berada dalam keadaan seperti itu, pengantin perempuan berasa jengkel dan bertindak membatalkan perkahwinannya dengan lelaki berkenaan dan tekad ketika ditanya Alim Sahab iaitu jurunikah, lapor News18.

Tindakan berani wanita berkenaan turut disokong ahli keluarganya dan dianggap sebagai usaha yang baik bagi ‘menyelamatkan’ diri daripada menghabiskan seluruh hidup bersama lelaki seperti itu.

Sumber: Oddity Central

Akhmar Ikmal