Siakap Keli

TERKINI: Urusan Penjualan Chelsea Digantung, Tak Dibenar Jual Tiket Perlawanan

Pemilik Chelsea dari Rusia, Roman Abramovich telah dikenakan sekatan oleh kerajaan United Kingdom, seluruh asetnya dibekukan termasuklah proses penjualan kelab bola sepak Chelsea digantung.

Selain penjualan digantung, Chelsea juga dilarang menjual tiket perlawanan akan datang, namun begitu pemegang tiket bermusim selain mereka yang sudahpun membeli tiket masih dibenarkan untuk hadir ke stadium. Kelab juga diarah menutup bahagian perniagaan yang menjual cederahati kelab.

Kelab tersebut juga tidak akan dapat menandatangani kontrak pemain baharu tetapi kakitangan dan pemain sedia ada akan dibayar dan perkhidmatan katering akan disediakan pada perlawanan.

Bagaimanapun, status Chelsea sebagai sebuah kelab penting yang mempunyai nilai signifikan terhadap budaya UK, kelab itu masih dibenarkan beroperasi tetapi perlu memohon lesen operasi khas. Namun, segala keuntungan perlu dipastikan tidak mengalir kepada Abramovich.

Setiausaha Kebudayaan Nadine Dorries berkata sekatan yang dibuat jelas memberikan kesan secara langsung kepada Chelsea dan peminatnya. Bagaimanapun, pihaknya telah bertungkus lumus memastikan kelab dan permainan kebangsaan tidak terkesan dengan sekatan ini.

Pasukan Chelsea akan terus membuat persiapan untuk perlawanan Liga Perdana di Norwich seperti biasa tetapi semua orang di kelab akan meneliti butiran semasa.

Roman Abramovich merupakan salah seorang daripada tujuh oligarki Rusia yang dikenakan sekatan oleh UK pada Khamis.

Minggu lalu, Abramovich  telah mengumumkan bahawa dia akan menjual Chelsea selepas hampir 20 tahun berkhidmat dengan kelab tersebut. Katanya, hasil penjualan akan didermakan kepada mangsa perang di Ukraine.

BACA: (Video) Pakai “Transparent Acrylic” Jadi Penghadang, Rumah Lelaki Ini Tak Dimasuki Air Banjir

Sumber: Dailymail, Soccer

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.