Siakap Keli

(Video) Dari Kristian Katolik Ke Islam, Ayline Si ‘Saudara Baru’ Tak Sabar Menanti Ramadan Pertama

Semenjak lebih kurang dua tahun yang lalu, seluruh negara ‘digemparkan’ dengan virus baru, Coronavirus ketika hujung tahun 2019. Bermula dari itu, wabak mula menjangkiti kebanyakan negara.

Dan dari situ juga, hampir kesemua negara di dunia mewujudkan Standard Operating Procedure (SOP) baharu seperti bekerja dari rumah (WFH), kuarantin, penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka dan banyak lagi.

Malah, ekoran daripada itu, ramai juga yang mengambil peluang untuk ubah gaya hidup masing-masing. Sebagai contoh, bagi yang mempunyai berat badan berlebihan, impak wabak menyebabkan mereka mula amalkan gaya hidup sihat.

Tak kurang juga, ada yang mengambil peluang ini ketika COVID-19 ini untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Jadi, menerusi perkongsian dari seorang pengguna Tiktok, Ayline, beliau kongsikan penghijrahan hidupnya daripada seorang penganut Kristian Katolik ke agama Islam.

Sejak wabak melanda, Ayline mula mempelajari ilmu agama Islam dan Al-Quran sebelum mengambil keputusan untuk terus memeluk agama fitrah ini. Akhirnya pada 29 Julai tahun lalu, dia mengucap dua kalimah Syahadah dan secara rasminya menjadi seorang Muslim.

Kini, Ramadan bakal berkunjung tiba. Sebagai seorang saudara Muslim yang baharu (muallaf), kedatangan bulan suci Ramadan yang bakal disambut buat pertama kali dengan ibadah berpuasa sudah tentu amat dinanti-nantikannya.

Oleh itu, ikuti perkongsiannya melalui video yang dimuat naik di akaun Tiktoknya yang telah kami kongsikan di bawah. Moga ada secebis kebaikan dari perkongsian ini.

@ayline_20

Alhamdulillah 🤍☪️#greenscreen #greenscreenvideo #islam #revert #muslim #ramadan

♬ night changes – 𝘴𝘭𝘰𝘸 𝘴𝘰𝘶𝘯𝘥𝘴 ♪

BACA JUGA: Adakah Sah ‘PengIslaman’ Kanak-Kanak? Ini Jawapan Dari Dr. Zulkifli

Sumber: Tiktok Ayline

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.