Hampir setiap hari kita dengar fenomena banjir kilat berlaku di kawasan Lembah Klang dan beberapa negeri lain membuatkan penduduk di kawasan tersebut lebih berwaspada dengan amaran cuaca yang dikeluarkan.
Bagi mereka yang pernah merasai situasi rumah ditenggelami air banjir, pasti tahu kesan dan kotoran di dalam rumah selepas air banjir surut. Sangat merumitkan. Mana taknya, habis sakit badan mengemas rumah. Tak sempat nak ‘berehat’, muncul lagi air banjir kilat ini.
Jadi, bagi mengelak rumah dimasuki air banjir, seorang pengguna Facebook, Kahirul Anuar Suria berkongsi satu peralatan ‘ajaib’ yang digunakan oleh rakannya, Desmond Wong. Alatan ini dikatakan sangat berguna bagi menghalang air banjir daripada memasuki rumah.
Bagaimanapun, peralatan ini hanya sesuai digunakan untuk banjir yang tidak teruk tingginya. Namun, ia amat berkesan untuk korang mencuba menggunakan penghadang kaca ‘transparent acrylic’ ini setiap kali kawasan rumah dinaiki air akibat banjir kilat.
Salah satu cara untuk halang air memasuki rumah sewaktu banjir menggunakan ‘Transparent Acrylic’ (Bukan fibreglass atau cermin biasa seperti yang saya tulis sebelum ini). Terbaik idea sahabat saya Desmond Wong.
Korang boleh tonton video di bawah untuk melihat keberkesanan alatan ini untuk mengelakkan daripada air banjir memasuki kawasan dalam rumah. Bila letak penghadang ini, kurang lah sikit tenaga yang digunakan untuk mengemas rumah selepas banjir nanti.
https://www.facebook.com/khairul.suria/posts/10159680892314659
Sumber: Khairul Anuar Suria