Seorang lelaki warga Britain daripada Guildford, Surrey nekad untuk menyelamatkan haiwan peliharaan yang ada di Ukraine selepas dia pergi menghantar barang sumbangan untuk keperluan rakyat di sana berkait dengan isu pencerobohon Russia baru-baru ini.
Lelaki berani tersebut yang bernama Nick Tadd memandu traknya pergi ke kawasan yang telah hancur akibat perang di Ukraine untuk menyelamatkan haiwan-haiwan peliharaan yang ketakutan di sana.
Sebelumnya dia telah membuka satu misi untuk memberikan sumbangan bantuan kepada rakyat yang terjejas di sana selepas mereka diserang Rusia. Namun apabila dia sampai di kawasan tersebut dia mendapati bahawa mereka sebenarnya ada masalah lain selain daripada keselamatan rakyat, iaitu haiwan.
Justeru itu, dia kemudiannya nekad untuk membawa keluar sebanyak yang mampu haiwan yang tersekat di sana. Manakala haiwan yang tidak mampu dibawa keluar, mereka akan menghantar bantuan keselamatan.
Nick berkata, dia akan berada di Ukraine selama mana dia boleh untuk memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukan di sana.
“Jika peperangan ini masih berterusan maka akan ada lebih banyak haiwan yang akan berada dalam bahaya dan memerlukan bantuan dari kita,” katanya lagi.
Pada hari Rabu yang lalu, kenderaan 4×4 Ford Ranger dan treler milik Nick telah dipenuhi dengan barang keperluan yang akan dihantar ke sempadan Ukraine seperti, lampin pakai buang, makanan bayi, air botol, dan produk kebersihan.
Dia ketika itu sudah merancang untuk pulang ke rumah apabila isterinya Vanessa telah menghubunginya dan memberitahu bahawa dia mendapat pesanan daripada badan kebajikan Network for Animals yang meminta bantuan untuk haiwan peliharaan di sana.
Oleh itu, Nick telah memandu ke sebuah kedai haiwan peliharaan terbesar yang paling dekat kira-kira 500 km, untuk mencari barang keperluan bagi haiwan peliharaan tersebut.
Ekoran daripada situasi yang dihadapi oleh rakyat di sana, kebanyakan mereka menyerahkan haiwan peliharaan kepada pusat jagaan di sana sementara itu ada juga antara mereka yang tidak mahu melarikan diri jika terpaksa meninggalkan haiwan peliharaan mereka di sana.
BACA: Pengawal Keselamatan Maut, Seorang Cedera Ditembak Berhampiran Sebuah Bank Di Puchong Prima
Sumber: The Sun