Siakap Keli

Berang Tak Dapat Anak Lelaki, Ayah Tembak 5 Das Bayi Perempuan Baru Lahir

Seorang lelaki Pakistan telah ditahan disyaki tembak bayi perempuan berusia tujuh hari semata-mata kerana mahukan bayi lelaki sebagai anak sulung.

Memetik daripada akhbar Dailymail, bayi bernama Jannat yang membawa maksud ‘syurga’ dalam bahasa Urdu ditembak sebanyak lima kali pada Isnin lalu di rumahnya di bandar Mianwali, tengah Pakistan.

Kata polis, suspek didakwa memasuki rumah lalu mengarahkan isterinya menyerahkan anak kecil itu sebelum menembak mati bayi berkenaan.

Selepas kejadian, suspek yang telah berkahwin selama dua tahun itu telah melarikan diri sebelum ditahan ketika berada di daerah berhampiran, jelas pegawai polis.

Bapa saudara kepada bayi tersebut telah membuat aduan rasmi terhadap suspek atas kes pembunuhan itu.

Jelasnya, suspek tidak pulang ke rumah selepas mendapat tahu isterinya melahirkan anak perempuan dan enggan menerimanya.

Ketika kejadian, isteri dan saudara suspek cuba untuk merampas semula bayi berkenaan tetapi gagal kerana suspek telah mengacukan pistol ke arah mereka dan mengugut akan menembak mereka jika bergerak.

Kes tembak bayi perempuan itu telah mencetuskan kemarahan di Pakistan. Orang ramai mengecam tindakan bapa tersebut yang menyebabkan kematian seorang bayi yang tidak berdosa.

BACA: Pengawal Keselamatan Maut, Seorang Cedera Ditembak Berhampiran Sebuah Bank Di Puchong Prima

Sumber: Daily Mail

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.