Terkenal dengan watak Luis dalam rancangan kanak-kanak ‘Sesame Street’, Emilio Delgado menghembuskan nafas terakhir pada usia 81 tahun di kediamannya di New York.
Delgado yang cukup terkenal dengan watak Luis ini merupakan pemilik Fix-It Shop dalam program ikonik kanak-kanak itu meninggal dunia selepas menghidap penyakit kanser darah setahun yang lalu.
Mendiang menghembuskan nafas terakhir di hadapan keluarga dan isteri tercinta di kediamannya.
“Emilio adalah bakat besar yang telah membuatkan ramai peminatnya gembira dan tersenyum,” kata Ketua Eksekutif Agensi, Robert Attermann.
Pelakon itu mula terbabit dalam rancangan Sesame Street sejak tahun 1971 lagi. Delgado dikatakan kerap menjayakan persembahannya di pentas secara langsung untuk program berkenaan.
Delgado juga melebarkan sayapnya dengan melibatkan diri dalam beberapa rancangan tv terkenal antaranya Lou Grant, Quincy M.E., Falcon Crest, The Bravest Knight, Law & Order: Special Victims Unit dan House of Cards.
BACA: Warna Baru, Apple Lancar Iphone 13 & 13 Pro Edisi Hijau “Alphine”
Sumber: NYDaily