Menurut kemaskini di laman web Ketua Pengarah Kesihatan hari ini, kes baharu COVID-19 yang dicatatkan pada 10 Mac (Khamis) adalah 30,787 kes, menjadikan jumlah kes kumulatif bertambah kepada 3,741,986 kes.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 30,179 kes tempatan yang dilaporkan melibatkan 29,295 warganegara dan 884 bukan warganegara. Turut termasuk dalam catatan kes baharu COVID-19 adalah 608 kes import melibatkan 564 warganegara dan 44 bukan warganegara.
Perincian kes COVID-19 setakat 10 Mac mengikut kategori adalah seperti berikut:
- Kategori 1 – 10,921 kes (35.47 peratus)
- Kategori 2 – 19,642 kes (63.80 peratus)
- Kategori 3 – 93 kes (0.30 peratus)
- Kategori 4 – 74 kes (0.24 peratus)
- Kategori 5 – 57 kes (0.19 peratus)
Bagi kes kategori 3, 4 dan 5, 58 kes terdiri daripada pesakit yang tidak atau belum lengkap divaksinasi, 94 kes telah menerima dua dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster) dan 72 kes melibatkan pesakit yang telah menerima booster.
Manakala 122 kes positif COVID-19 membabitkan individu berumur 60 tahun dan ke atas, 96 kes mempunyai komorbid dan dua kes melibatkan ibu mengandung.
Sementara itu, Malaysia mencatatkan 26,457 kes sembuh setakat tengah malam tadi, menjadikan jumlah kes sembuh keseluruhan meningkat kepada 3,393,999 kes.
BACA JUGA: COVID-19: 70 Kes Kematian Termasuk 19 Kes BID Direkodkan
Sumber: KP Kesihatan