Kematian Covid-19 bertambah 70 kes kematian di Malaysia setakat tengah malam tadi. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan angka tersebut sekaligus menjadikan kes secara keseluruhan di negara ini bertambah kepada 33,567 kes.
Melalui kemaskini data KKM di portal COVIDNOW, 19 daripada 70 kes adalah brought in-dead (BID) iaitu berlaku di luar hospital.
Berdasarkan data di laman web COVIDNOW, kes kematian Covid-19 bertambah melibatkan 10 negeri dengan kes kematian tertinggi direkodkan di negeri Perak dan Selangor, masing-masing dengan catatan 20 dan 11 kes.
Setakat kemaskini jam 11.29 malam pada 10 Mac 2022, sebanyak 30,179 kes positif dicatatkan melibatkan kes tempatan, menjadikan kes kumulatif COVID-19 di Malaysia bertambah kepada 3,715,352 kes.
Sementara itu, 314,420 kes aktif dicatatkan di seluruh Malaysia di mana 96.1 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah, 3,039 kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) dan 8,750 lagi membabitkan kes kemasukan ke hospital.
Setakat tengah malam tadi, 389 pesakit dilaporkan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Dari jumlah tersebut, 229 kes melibatkan penggunaan bantuan ventilator.
Sumber: COVIDNOW