Siakap Keli

Fasa Peralihan Monsun Dijangka Bermula Isnin Ini – MetMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan tengah hari ini memaklumkan bahawa Fasa Peralihan Monsun di Malaysia akan bermula pada 14 Mac 2022 (Isnin).

Fasa Fasa Peralihan Monsun dijangka berterusan hingga pertengahan Mei tahun ini, menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut di Malaysia.

Menurut kenyataan MetMalaysia, rantau negara diramal menerima tiupan angin lemah daripada pelbagai arah semasa fasa ini.

Tiupan angin lemah dikatakan amat sesuai untuk berlaku ribut petir yang pada umumnya membawa hujan lebat dan angin kencang dalam jangka waktu yang singkat.

“Kejadian ini berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta bahagian barat dan tengah Sarawak,” jelas kenyataan tersebut.

Tambah MetMalaysia, keadaan cuaca seperti ini berkemungkinan mengakibatkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati dan sentiasa peka dengan amaran cuaca semasa yang dikeluarkan MetMalaysia.

Sumber: MetMalaysia

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.