Siakap Keli
Hujan Lebat & Ribut Petir

Hujan Lebat & Ribut Petir Dijangka ‘Serang’ Beberapa Negeri Petang Ini

Ribut petir dan hujan lebat dijangka berlaku di enam negeri dikeluarkan melalui laporan rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menurut kemaskini yang dikeluarkan MetMalaysia setakat jam 2.50 petang tadi, negeri-negeri yang dijangka terlibat sehingga jam 6 petang ini termasuk Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Di Selangor, kawasan yang dijangka terkesan seperti Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

Derah-daerah yang terlibat di negeri Pahang termasuk Tanah Tinggi Cameron dan Bentong, manakala di Negeri Sembilan di daerah Jelebu dan Seremban.

Di negeri Perak, lokaliti yang diramal mengalami hujan lebat dan ribut petir hingga petang ini adalah Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Manakala kawasan terlibat di negeri Sarawak termasuk Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu (Tatau dan Bintulu) dan Miri (Subis dan Miri).

Oleh itu, pengguna jalan raya dan penduduk di kawasan terlibat dinasihatkan untuk lebih berwaspada dan sentiasa peka dengan maklumat cuaca terkini.

Sumber: MetMalaysia

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.