Siakap Keli
Individu Bergejala

Individu Bergejala Dibenar Mengundi PRN Johor Esok – SPR

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, individu bergejala dibenarkan mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor esok.

Individu bergejala COVID-19 dibolehkan untuk keluar mengundi di khemah khas serta dipantau dan diuruskan pegawai kesihatan.

Sementara mereka yang berstatus Patient Under Investigation (PUI) dan Person Under Surveillance (PUS) perlu memohon kebenaran keluar mengundi terlebih dahulu dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

Kebenaran tersebut adalah bergantung kepada penilaian Pegawai Kesihatan Daerah terhadap risiko jangkitan. Pengundi juga perlu mematuhi semua garis panduan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bagi pengundi-pengundi yang tidak bergejala, pemakaian pelitup muka (face mask), pensanitasi tangan (hand sanitizer) dan merekodkan kehadiran adalah wajib, di samping mengamalkan penjarakan fizikal.

Menurut SPR, pensanitasi tangan akan dibekalkan di semua pusat mengundi pada hari pembuangan undi. Pengundi juga perlu menggunakan pensanitasi tangan di empat stesen termasuk:

  1. Pintu masuk mengundi
  2. Pintu masuk saluran
  3. Di dalam saluran (selepas proses mencelup jari dengan dakwat kekal iaitu sebelum menerima kertas undi)
  4. Sebelum keluar dari pusat mengundi

Pergerakan pengundi akan sentiasa dipantau petugas pilihan raya bagi memastikan Garis Panduan yang ditetapkan SPR sentiasa dipatuhi sepanjang proses mengundi.

Sumber: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.