Siakap Keli
Ketakutan Rayu Bantuan
Gambar via TikTok

Ketakutan Rayu Bantuan, Video CCTV Mangsa Pembantaian Papua Tular

Ketakutan rayu bantuan melalui CCTV, video seorang lelaki yang merupakan salah seorang mangsa pembantaian Kelompok Kriminal Bersenjata (KKB) di daerah Papua menjadi tular di media sosial.

Lelaki yang dikenali sebagai Nelson Sarira itu adalah satu-satunya mangsa yang berjaya melarikan diri dari tempat kejadian manakala lapan yang lain terkorban dalam tragedi 2 Mac itu.

Dalam video yang beredar, Nelson yang juga salah seorang dari pasukan penyelenggara yang diserang terus menerus meminta tolong dalam keadaan ketakutan untuk dijemput oleh penyelamat. Ditambah pula dalam keadaannya yang terpaksa bertahan seorang diri.

Ketakutan rayu bantuan

“Semua sudah dibantai, jemput saya. Saya sendiri di sini, semua sudah mati,” kata lelaki berkenaan sambil ketakutan melihat keadaan sekeliling.

Menurut Nelson, ketika kejadian dia bersama rakan-rakannya sedang berehat di dalam khemah sebelum melakukan kerja penyelenggaraan di Menara Televisyen BTS 3.

Bercakap tentang peristiwa pembantaian itu, Nelson memberitahu terdapat 10 individu lengkap bersenjata api dan senjata tajam yang melakukan penyerangan terhadap mereka.

“Saya melihat mereka menetak dengan parang. Saya segera melompat keluar dari khemah dan bersembunyi di dalam semak,” katanya.

Nelson mengaku sempat dikejar KKB namun berjaya bersembunyi. Lelaki berkenaan terpaksa menyaksikan anggota KKB membantai rakan-rakannya lalu mendaki bukit untuk bersembunyi.

Walau bagaimanapun, Nelson kembali ke tempat kejadian keesokan paginya setelah anggota-anggota KKB beredar dari kawasan berkenaan.

Namun, dia terpaksa menyaksikan keadaan ngeri apabila melihat bahagian dalam khemah sudah dipenuhi kesan darah. Barang-barang berupa telefon bimbit dan komputer riba pula turut diambil oleh kumpulan pembantai.

“Semua penuh darah. Barang-barang sudah dibawa mereka,” ujar Nelson.

Dikatakan barangan yang tinggal hanyalah pakaian dan lelaki berkenaan sempat mengambil kain sarung dari tempat kejadian.

Nelson berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelamat pada 5 Mac 2022 dengan menaiki helikopter dan segera dibawa untuk pemeriksaan kesihatan dan trauma healing.

Nelson yang menjadi satu-satunya mangsa yang hidup terus berhubung dengan ahli keluarganya sebaik sahaja diselamatkan dan ingin segera pulang ke kampung halaman setelah keadaannya pulih.

Kesemua mayat mangsa yang terkorban dalam pembantaian KKB Papua juga telah diterbangkan dari tempat kejadian pada hari yang sama.

@seputarpapuacom

#papua #kkbpapua #opmpapua #nelsonsarira

♬ suara asli – Seputarpapua – Seputarpapua

@seputarpapuacom

#korbankkb #opmpapua #kkbpapua #papua

♬ suara asli – Seputarpapua – Seputarpapua

Sumber: Tribunnews

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.