Siakap Keli
Gambar: TW sayakawa3838

Nyawa Lagi Penting, Kisah Konvoi Diraja Jepun Bagi Laluan Untuk Ambulans Lalu Dulu

Dalam dunia ini, ada banyak perkara yang perlu diutamakan. Misalnya, urusan menyelamatkan nyawa. Maka tak hairanlah, dalam kesesakan lalu lintas, pergerakan ambulans untuk membawa pesakit selalunya perlu diberi keutamaan yang paling utama, walaupun ada konvoi elit melalui jalan yang sama pada waktu yang sama ketika itu.

Misalnya dalam perkongsian Twitter @sayakawa3838 yang dibuat pada 2019 ini. Beliau ada berkongsi sebuah kisah menarik yang mana menunjukkan kenderaan konvoi maharaja negara Jepun berhenti di tengah jalan.

Menurutnya, konvoi keluarga Diraja Jepun ketika itu segera berhenti dan memberikan laluan sebaik sahaja mengesan kemunculan sebuah ambulans dengan siren yang dipasang daripada lorong sebelah.

Malah, salah satu motosikal pengiring konvoi tersebut juga segera mengetuai ambulans berkenaan untuk memudahkan perjalanan mereka.

Sebaik sahaja ambulans tersebut selamat melepasi konvoi maharaja, mereka meneruskan perjalanan kembali sambil dibantu oleh pihak polis trafik dan pengiring motosikal.

Berdasarkan undang-undang di Jepun, kenderaan lain dikehendaki untuk mengelak ke sebelah kiri jalan untuk memberikan laluan apabila bertemu dengan kenderaan kecemasan seperti ambulans, dan trak bomba yang membunyikan siren di jalan raya.

Pada Jun 2019, media tempatan Jepun heboh berkenaan hal ini, dan pada masa itu Maharaja Naruhito dikatakan sedang menjalankan tugas pertamanya di luar Tokyo bersama Maharani Masako.

Mereka ketika itu sedang dalam perjalanan ke Bandar Nagoya di Aichi, untuk menghadiri acara Festival Tanaman Pokok Kebangsaan. Festival berkenaan merupakan salah satu antara empat acara kebangsaan (pemeliharaan hutan, sukan, budaya, kesihatan lautan) yang perlu dihadiri oleh maharaja.

Acara festival tersebut kemudiannya menjadi tular di negara Jepun selepas cerita berkenaan tersebar di laman media sosial.

Selain itu, ada juga sebuah video lama yang menunjukkan kenderaan konvoi maharaja yang diminta untuk berhenti sementara pihak polis menguruskan lalu lintas untuk memberikan laluan kepada kenderaan medikal.

Kenderaan medikal di sana di gelar sebagai ‘kereta doktor’, namun ia bukanlah kereta peribadi milik doktor ataupun ambulans. Ia merupakan sebuah kenderaan yang dimiliki oleh hospital yang digunakan untuk menghantar peralatan medik ke kawasan yang memerlukan.

BACA: Suami Isteri Ditemui Mati, Dipercayai Terkena Renjatan Elektrik Dalam Bilik Air

Sumber: TW sayakawa3838

Zahirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.