Siakap Keli
Gambar : Kementerian Kesihatan Malaysia

Palsu, KKM Nafi Keluarkan Infografik Saran Orang Ramai Ambil Dos Vaksin Keempat

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan satu kenyataan bahawa pihak mereka tidak pernah mengeluarkan infografik yang menyarankan orang ramai mengambil dos keempat bagi melawan varian Omicron.

Berdasarkan kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi, pihak KKM menyatakan bahawa infografik berkenaan adalah palsu.

Menurut KKM, bagi memastikan fasa peralihan ke endemik yang bermula 1 April ini dilaksanakan dengan selamat, fokus paling utamanya adalah untuk memupuk kesedaran ataupun solidariti komuniti serta tanggungjawab individu terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan meluaskan capaian program vaksinasi sedia ada.

“Bagaimanapun, seperti yang diumumkan Menteri Kesihatan pada 24 Februari 2022, penerima vaksin lengkap jenis Sinovac berumur 18 tahun ke atas dan warga emas berumur 60 tahun ke atas yang telah menerima vaksin lengkap semua jenis, anda perlu mendapatkan dos penggalak bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap mereka.”-KKM. 

Tempoh masa yang ditetapkan kepada orang ramai telah dilanjutkan sehingga 31 Mac 2022.

Bagi sesiapa yang masih belum menerima dos penggalak, status vaksinasi lengkap akan ditukarkan kepada tidak lengkap bermula 1 April 2022.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Fathin Nadzira