Siakap Keli

Pelancong Lengkap 2 Dos Vaksin Kini Tak Perlu Kuarantin Masuk Korea Selatan

Kerajaan Korea Selatan telah memberi kelonggaran kepada pelancong antarabangsa yang sudah lengkap dua dos vaksinasi tidak perlu menjalani proses kuarantin selepas tiba di negara tersebut.

Bermula pada 21 Mac 2022 ini, pelancong yang menerima vaksin di Korea atau telah mendapat vaksin dari luar negara tetapi telah diiktiraf oleh kerajaan Korea Selatan akan dikecualikan untuk kuarantin.

Selain itu, mulai 1 April 2022, pelancong luar yang belum menerima sijil pengiktirafan daripada kerajaan Korea tetapi sudah lengkap vaksinasi turut dikecualikan daripada menjalani proses isolasi di negara terbabit.

Dalam satu perkongsian daripada FKCCI memaklumkan bahawa untuk menerima pengecualian daripada kuarantin, seseorang itu harus mendapat vaksinasi lengkap dalam tempoh 180 hari sebelum menaiki pesawat. Manakala, seseorang individu yang telah menerima vaksin dos penggalak, boleh terus memasuki negara itu.

Seperti penerbangan lain, sebelum menaiki pesawat, pelancong diminta untuk menunjukkan keputusan negatif ujian swab (PCR ) yang dikeluarkan dalam masa 48 jam tetap diwajibkan untuk memasuki Korea Selatan.

Bagaimanapun, kuarantin dan tempoh pemantauan selama 7 hari masih diperlukan untuk individu yang tidak lengkap dos vaksinasi.

Peraturan ini bakal digunapakai oleh pelancong seluruh dunia, penduduk di Korea atau pemegang visa jangka masa pendek atau panjang serta mereka yangr telah menerima kebenaran Perjalanan Elektrik Korea (K-ETA).

Sumber: FKCCI

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.