Siakap Keli

Rusia Dilapor Sedia Kerah 16 Ribu Askar Sukarela Dari Timur Tengah Ke Ukraine Selepas Dapat Kebenaran Putin

Presiden Rusia, Vladimir Putin dilapor memberi kebenaran untuk menggunakan askar sukarela daripada Timur Tengah bagi membantu operasi kententeraannya di Ukraine, lapor The Guardian.

Seramai 16,000 askar sukarela dari Timur Tengah akan dikerahkan bersama pemberontak yang disokong Rusia. Barat mendakwa tindakan itu diambil kerana operasi kententeraan yang dijalankan Rusia ketika ini semakin kehilangan momentum.

Selain itu, mereka juga mendakwa Rusia bertindak demikian keran mahu mengelakkan korban dalam kalangan anggotanya bertambah.

Menteri Pertahanan, Sergei Shoigu berkata askar-askar sukarela itu bersedia untuk berperang bersama pemberontak di wilayah Donbas di Timur Ukraine.

Menurut The Guardian lagi, Shogui turut mencadangkan kelengkapan tentera yang dibekalkan negara-negara Barat kepada tentera Ukraine yang berjaya dirampas seperti misil Javeline dan Stinger dalam pertempuran sebelum ini diserahkan kepada tentera pemisah di Dombas.

”Jika kamu melihat, ada orang yang mahu datang ke Donbas, membantu orang-orang ini atas kerelaan mereka sendiri, maka kami akan membekalkan apa sahaja yang mereka mahu dan bantu mereka masuk ke zon konflik,” kata Putin dalam satu laporan tv tempatan.

Tambahnya lagi, operasi ketenteraan khusus di Ukraine adalah penting untuk memastikan keselamatan Rusia.

Sumber : The Guardian

Fathin Nadzira